Lala

Tuesday, December 7, 2010

Gediksss!

Assalamualaikum semua :)


Hari ini, aku tak gembira. Aku sedih sangat sangat! Pedih tahu hati ini apabila orang tu mengabaikan aku!!! 


AL - KISAHNYA...


Aku on Facebook sekarang. Dia tu pun on. Aku tengah tunggu lah untuk dia chat dengan aku. Tunggu punya tunggu, hampeh! Dia buat derk jep! Panas panas. Tapi kan, apabila difikirkan kembali, aku ni bodoh gak. Kenapa lah nak terhegeh-hegeh tunggu dia tegur aku? Aku boleh tegur dia sendiri. Kita kawan. Tiada apa-apa yang telah terjadi yang membuatkan kami tidak boleh bertegur sapa. Okey! Semangat. Semangat. 


*aksi macam Naruto tengah kumpul Chakura! :DD haha!


Okey, positif positif :)


*pikir jap...


Gedik tak? haha!
Ish, tak jadilah nak tegur dia! Buat apa nak tegur. Dia pun mungkin tengah sibuk... Hmm... Aku rasakan, pembaca semua mesti nak tempeleng je aku, kan? Haha! Geram dengan sifat aku yang gedik sungguh untuk menukar fikiran. Hoho! 


Aku pun tak tahu lah kenapa aku menggedik sangat nak tegur dia. Dia dah suka orang lain. aku pulak... SS jadinya. Syok Sendiri :DD Wahaha!

Monday, December 6, 2010

Meow !

Assalamualaikum w.b.t :)

Hari ini, aku nak cerita sikit. Pasal kucing. Aku suka kucing. Aku chenta sama kucing. WOHOO! Melawak pulak aku :P Agak gila-gila pula aku, ya? Alah, macam lah korang tak pernah gila-gila. Lebih-lebih lagi apabila bercakap sendirian.... Macam aku sekarang -.-

Kucing. Abu Hurairah R.A mendapat gelaran Hurairah yang bermaksud 'bapa kucing'. Disebabkan itu juga, aku ingat semua pasal tokoh Islam ini. Tapi itu semasa zaman sekolah lah. Sekarang zaman cuti. HOHOHO!  Apa-apa pun, aku suka tengok gambar-gambar ni :D



OH! Comelnya! Kan Kan Kan Kan Kan ???? :DD HAHA!

Aku kat rumah pun boleh tengok kucing. Setiap hari. Tapi kucing aku tidak lah sebanyak ini. Ini sama ada mak dia orang beranak banyak atau beranak berkali-kali ni. Tapi, bila tengok saiz dia orang, macam beranak sekali aje? Hmm... Mungkin...

Kucing ni sering kali disukai orang kerana bulunya, wajahnya yang comel lote! HAHA! Terfikir juga aku, kalau aku ada banyak kucing macam orang kat atas ni, boleh ke aku jaga dia orang? Boleh ke aku ingat nama dia orang? Ha... Renung-renungkanlah, okey? 

:DD

Setakat ini sajalah. Kalau topik ini membosankan, maaf ye? Aku tiada pembaca dan aku tidak tahu apa yang korang rasa. Kalau korang baca, respon okey? Cara-caranya... :)

1) Tinggalkan komen di post yang mana satu, tak kisah lah!
2) Beritahu aku di ruang chat sebelah ni.
3) Mana-mana pun boleh! HAHA!

Adios guysss >.<