Lala

Tuesday, December 7, 2010

Gediksss!

Assalamualaikum semua :)


Hari ini, aku tak gembira. Aku sedih sangat sangat! Pedih tahu hati ini apabila orang tu mengabaikan aku!!! 


AL - KISAHNYA...


Aku on Facebook sekarang. Dia tu pun on. Aku tengah tunggu lah untuk dia chat dengan aku. Tunggu punya tunggu, hampeh! Dia buat derk jep! Panas panas. Tapi kan, apabila difikirkan kembali, aku ni bodoh gak. Kenapa lah nak terhegeh-hegeh tunggu dia tegur aku? Aku boleh tegur dia sendiri. Kita kawan. Tiada apa-apa yang telah terjadi yang membuatkan kami tidak boleh bertegur sapa. Okey! Semangat. Semangat. 


*aksi macam Naruto tengah kumpul Chakura! :DD haha!


Okey, positif positif :)


*pikir jap...


Gedik tak? haha!
Ish, tak jadilah nak tegur dia! Buat apa nak tegur. Dia pun mungkin tengah sibuk... Hmm... Aku rasakan, pembaca semua mesti nak tempeleng je aku, kan? Haha! Geram dengan sifat aku yang gedik sungguh untuk menukar fikiran. Hoho! 


Aku pun tak tahu lah kenapa aku menggedik sangat nak tegur dia. Dia dah suka orang lain. aku pulak... SS jadinya. Syok Sendiri :DD Wahaha!

Monday, December 6, 2010

Meow !

Assalamualaikum w.b.t :)

Hari ini, aku nak cerita sikit. Pasal kucing. Aku suka kucing. Aku chenta sama kucing. WOHOO! Melawak pulak aku :P Agak gila-gila pula aku, ya? Alah, macam lah korang tak pernah gila-gila. Lebih-lebih lagi apabila bercakap sendirian.... Macam aku sekarang -.-

Kucing. Abu Hurairah R.A mendapat gelaran Hurairah yang bermaksud 'bapa kucing'. Disebabkan itu juga, aku ingat semua pasal tokoh Islam ini. Tapi itu semasa zaman sekolah lah. Sekarang zaman cuti. HOHOHO!  Apa-apa pun, aku suka tengok gambar-gambar ni :D



OH! Comelnya! Kan Kan Kan Kan Kan ???? :DD HAHA!

Aku kat rumah pun boleh tengok kucing. Setiap hari. Tapi kucing aku tidak lah sebanyak ini. Ini sama ada mak dia orang beranak banyak atau beranak berkali-kali ni. Tapi, bila tengok saiz dia orang, macam beranak sekali aje? Hmm... Mungkin...

Kucing ni sering kali disukai orang kerana bulunya, wajahnya yang comel lote! HAHA! Terfikir juga aku, kalau aku ada banyak kucing macam orang kat atas ni, boleh ke aku jaga dia orang? Boleh ke aku ingat nama dia orang? Ha... Renung-renungkanlah, okey? 

:DD

Setakat ini sajalah. Kalau topik ini membosankan, maaf ye? Aku tiada pembaca dan aku tidak tahu apa yang korang rasa. Kalau korang baca, respon okey? Cara-caranya... :)

1) Tinggalkan komen di post yang mana satu, tak kisah lah!
2) Beritahu aku di ruang chat sebelah ni.
3) Mana-mana pun boleh! HAHA!

Adios guysss >.<

Wednesday, November 10, 2010

We the Kings - Heaven Can Wait



Aku Suka Gila Lagu Ni !!!!!!

Bla bla bla

Hari ini 10 hari bulan 11 tahun 2010. hari jadi adik aku :) hehe. tapi aku tak wish lagi kat dia. kita orang tengah gaduh. *jangan tanya, plis!

Ain Maisarah yg comel!
Blog ni sebenarnya tidak diketahui ramai sebab aku sendiri yang tak mahu. hehe. apabila difikir-fikirkan kembali, aku nak lah pulak orang tahu. sebab aku akan mengarang dalam blog ni. yeahh! mengarang, beb. alah, mengarang. macam penulis tuu.. macam.. Ain Maisarah. korang mesti kenal kan? siapa yang tak kenal? dia tu penulis buku kanak-kanak yang tersohor tahu? belilah buku dia. best-best i tell you! oh, macam mana aku tahu? sebab aku pun kanak-kanak lah... haiyooo! sudah terang lagi bersuluh maa! *ckp mcm org Cina lh plak!

Aku akan mula mengarang... tidak lama dari sekarang. infact, aku tengah mengarang sekarang. hehe. korang. aku nak bagitahu. kalau korang nak mengarang sangat. mengaranglah. tiada siapa yang melarang kecuali diri korang jelah. korang ada impian, so go for it! korang menjadi pengarang, penulis ni, akan cepat kaya tahu? tak payah masuk MLM ke Skim cepat Kaya ke. mengarang pun dah cukup! aku nasihatkan untuk korang yang ada hajat untuk kumpul banyak duit dari usia yang muda ni. tulis! karang! hantar kat mana-mana publisher! aku pasti, kalau ada keinginan pasti ada jalannya! ;) percayalah!

Seperti aku yang memang ada angan-angan untuk menjadi penulis gak. hehe :) aku dah dapat green light daripada family serta sekolah tersayang. sbb aku menang tempat pertama Pertandingan Menulis Menengah Rendah (Form 1-3). alhamdulillah :D aku gembira giler sbb menang! wohoo! sayangnya, aku tidak menghadirkan diri hari aku menang tu. haha. snegaja ponteng! kalau tak, mesti gambar aku dah masuk majalah sekolah sbb menang tempat PERTAMA! wohhooooo!

So, apa yg korang dapat hari ini dari pembacaan korang? ni dia.
1) tiada apa yang melarang anda menulis kecuali diri anda
2) nak cepat dpt duit? tulis buku!
3) jangan ponteng sekolah! :P
4) bacalah blog ini lagi! hoho!

okeylah korang. aku nak out dah ni. satu hari tgk internet. hehe :D bye adios sayonara!



Thursday, September 9, 2010

Pasport oh Pasport!

cuba teka, lama ke sekejap nak buat Pasport Malaysia ni? jika anda jawab lama...memang betul! nah, amik rm50. eceh, aku ni baru budak sekolah mana ada duit banyak tu. minx kat mak bapak korg lah...bagi pihak aku :)

dari pukul 8am sampailah 2pm tunggu kat situ. aku dah terbayang tuk tidur atas katil semasa menunggu. nombor aku 1068. gila mak lama tunggu! kitaorg sampi2 je, dah penuh luar dalam. adoi, smpi bila nak tggu ni? aku tya dlm aty. tak sangka lh pulak smpi kul 2pm. uish! buang masa aja! entah ke negara mana aku dan keluarga akan pergi pun. btw aku ni jenis yg susah tuk jln2.
buktinya semalam...bapak aku ajak satu family kuar tapi aku dgn malasnya menjawab; nak tidurlah! and my whole family left me at home, alone!

semasa menunggu  di Jabatan Imigresan Malaysia tu, kami yg sedang menunggu di hiburkan oleh beberapa babies yg comel dan bising! very very loud lah them!
yg paling x bleh dilupakan ialah seorag bdak pmpuan cina ni. comel sgt! dia pun tgah boring kut masa tu sbb dh lama aku nmpk dia kat situ. okey, straight to the point! dia nyanyi dan menari lagu Nobody yg asalnya dinyanyikan oleh kmplan Wonder Girls tu.
alahai! tomey tomey punya budak! rasa nak cubit cubit je pipi gebubu dia tu!
selepas membuat bayaran, akak kat Kaunter Juruwang tu suruh tggu sejam tuk pasport siap. allah! lamanya! aku sempat tidur jap masa tggu. lepas dh rasa cukup sejam, mama dan aku pergi ke Kaunter(x ingat nama) tuk amik pasport.
mama; ada x number 1068(num aku) dan 1070(num mama)?
akak wangi; oh, ada! sudah 3 kali sy panggil tp xdtg dtg pun. dh simpan dh pun.
selepas itu, aku dan mama buat apa yg sepatutnya dan blah dari situ! adios amigos! bye jabatan! aku xkan jumpa kau sampi thun 2012 nnti(tarikh luput pasport).

+sabar itu separuh dari iman :)

Wednesday, September 8, 2010

Cintan cintun

Usui Takumi - encem! bak kata org cina, lengcai! hoho!

Aku bukannya minat sgt dgn anime Maid Sama ni tapi 'pelakon'nya aje yg menarik minat aku. nama dia sudah tertera kat atas tu. dia kacak. termimpi-mimpi jugak untuk ada boyfriend yg sekacak dia. hehe :) xbleh blah!

ada x korg penah terfikir nak pakwe yg hensem? mestilahkan! tapi kalau hensem yg berhati busuk, xde maknenya! aku slalu gak jmpa lelaki hensem tetapi x thulah dia org baik ke tak. sekadar cuci mata saja. hehe..

tapi, Ususi ni, ehh! Usui! silap eja nama plak. tapi Usui ni hensem dan baik hati juga setia pada cinta hatinya! siapa lagi kalau bukan Misaki Ayuzawa. gadis yg bekerja di cafe tu.

hmm... jom kita beramai-ramai mendoakan diri sendiri supaya dapat pakwe/ makwe yg hensem/ cantik serta baik hati. jgn lupa...yg soleh/ solehah jgak! bye!

 +love is nothing without trust and u.